Rayuan Sumbangan

SURAU AN-NUR

Setiap sumbangan yang diberikan boleh mendapat potongan dibawah subseksyen 44 (11D), Akta Cukai Pendapatan 1967. Resit potongan akan dikeluarkan diatas permintaan penderma.

PENGENALAN

Jalan Sukepi adalah kawasan perumahan yang pesat membangun hampir 15 taman perumahan yang telah diduduki serta beberapa buah taman dalam proses pembinaan di Batu 10 Kebun Baru, Telok Panglima Garang, Selangor. Selain itu juga, terdapat penempatan penduduk kampung disekitar kawasan tersebut. Jalan Sukepi telah pun dihuni samada oleh majoriti pemilik asal unit-unit kediaman tersebut atau pun dihuni oleh penyewa-penyewa yang kebanyakannya terdiri daripada penjawat awam, pekerja swasta dan pesara. Anggaran 1500 keluarga telah menetap sekitar radius 1km dari tapak surau.

Sebagai memenuhi tanggungjawab fardu kifayah, penduduk telah bersepakat untuk menubuhkan surau sebagai pusat penyatuan kegiatan agama Islam di kawasan ini. Pada bulan Febuari 2017, para penduduk telah dimaklumkan ada sebidang tanah telah diwakafkan sebanyak 0.25 ekar dan 0.25 ekar lagi bersebelahan tanah waqaf surau terpaksa untuk dibeli bagi mendapatkan kebenaran untuk dijadikan Solat Jumaat kekal apabila ia dibina kelak. 

Saiful Idzam

Mewakili Ketua Kampung.
Setiausaha MPKK Batu 10 Kebun Baru, Telok Panglima Garang, Selangor

Harun Nur Rashid

Mewakili Penduduk Setempat

Maklumat Sosio Ekonomi

Penduduk di kawasan kejiranan ini terdiri dari pelbagai golongan dan pekerjaan. Pekerjaan utama ialah bekerja sebagai

1.Pekerja Awam (Kakitangan Kerajaan, Pensyarah, Guru Sekolah dan lain-lain)

2. Bekerja sendiri mengusahakan kebun kelapa sawit dan nenas.

3. Pekerja Swasta (Pegawai Bank, Pengurus, Pekerja Badan Berkanun, pekerja Am dan lain-lain)

4. Pesara

5. Lain-lain pekerjaan termasuklah pekerja kilang, jurujual, peniaga dan bekerja sendiri sebagai ahli perniagaan, perunding,
konsultan dan sebagainya.

  • Pekerja Awam (Kakitangan Kerajaan, Pensyarah, Guru Sekolah dan lain-lain).
  • Bekerja sendiri mengusahakan kebun kelapa sawit dan nenas.
  • Pekerja Swasta (Pegawai Bank, Pengurus, Pekerja Badan Berkanun, pekerja Am dan lain-lain).
  • Pesara.
  • Lain-lain pekerjaan termasuklah pekerja kilang, jurujual, peniaga dan bekerja sendiri sebagai ahli perniagaan, perunding,
    konsultan dan sebagainya.

Objektif Keperluan Surau

Surau adalah wadah masyarakat muslim untuk melaksanakan solat secara berjemaah, aktiviti keagamaan, tempat bertemu dan berbincang, juga tempat mendalami ilmu keagamaan untuk penduduk setempat. Dengan komposisi 100% penduduk muslim dan menyedari kepentingan sesebuah surau dalam sebuah komuniti muslim, para penduduk telah bermesyuarat pada pertengahan 2018 dan menubuhkan Jawatankuasa Penaja Pembinaan Surau dan sebulat suara, bersetuju memulakan usaha membina Surau An Nur Jln Sukepi.

Antara objektif utama pembinaan surau dikenalpasti adalah untuk berfungsi sebagai:

1.Pusat solat berjemaah & kegiatan keagamaan

2. Kelas mengaji dan fardhu ain

3. Pusat kegiatan masyarakat

4. Pengurusan khairat kematian

5. Tadika Islam

6. Pusat sehenti untuk peralatan kenduri kendara dan keraian

  • Pusat solat berjemaah & kegiatan keagamaan.
  • Kelas mengaji dan fardhu ain.
  • Pusat kegiatan masyarakat (rakan surau).
  • Pengurusan khairat kematian.
  • Tadika Islam.
  • Pusat sehenti untuk peralatan kenduri kendara dan keraian.

Rasional

Antara rasionalisasi penubuhan surau ini termasuklah:

1. Kewujudan surau adalah penting untuk menjalankan aktiviti keagamaan dan memupuk semangat perpaduan / ukhuwah di kalangan penduduk.

2. Pembinaan surau ini telah mendapat kebenaran dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk dijadikan Solat Jumaat kekal disebabkan penduduk yang ramai kawasan ini.

3. Tapak surau telah digazetkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kawasan yang strategik di tengah-tengah kawasan taman-taman dan peluang ini seharusnya dimanfaatkan oleh penduduk untuk pembinaan surau.

4. Pembinaan surau ini patut di bina disebabkan jarak 3 km dari Masjid sedia ada yang tidak mampu menampung penduduk-penduduk baru yang menetap di kawasan ini.

  • Kewujudan surau adalah penting untuk menjalankan aktiviti keagamaan dan memupuk semangat perpaduan / ukhuwah di kalangan penduduk.
  • Pembinaan surau ini telah mendapat kebenaran dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk dijadikan Solat Jumaat kekal disebabkan penduduk yang ramai kawasan ini.
  • Tapak surau telah digazetkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kawasan yang strategik di tengah-tengah kawasan taman-taman dan peluang ini seharusnya dimanfaatkan oleh penduduk untuk pembinaan surau.
  • Pembinaan surau ini patut di bina disebabkan jarak 3 km dari Masjid sedia ada yang tidak mampu menampung penduduk-penduduk baru yang menetap di kawasan ini.

LATAR BELAKANG BINAAN SURAU

Tapak cadangan pembinaan Surau An Nur Jalan Sukepi adalah merupakan kawasan tapak yang telah di waqafkan sebanyak 0.25 ekar oleh seorang penduduk tempatan dan 0.25 ekar lagi telah dibeli hasil sumbangan orang ramai. Tapak ini seluas 0.5 ekar dan kedudukannya adalah strategik di tengah-tengah kawasan perumahan taman-taman serta jalan utama yang menghubungkan jalan banting ke lebuhraya kesas serta lebuhraya SKVE. Surau ini juga telah mendapat kelulusan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk dijadikan Solat Jumaat kekal.

Reka bentuk disediakan oleh:
Hisham Sahari Architect

PEMBANGUNAN SURAU SEMENTARA

DOKUMEN SOKONGAN PEMBINAAN SURAU

ANGGARAN KOS PEMBINAAN

Pembinaan Surau An Nur Jalan Sukepi dijangka siap dalam tempoh 1 tahun jika kutipan telah bejaya dikutip sebanyak 70% dari jumlah pembinaan yang telah ditetapkan oleh JAIS mengikut fasa-fasa dibawah. Pembinaan dibahagikan kepada 4 fasa seperti berikut:

Fasa 1:
Proses penambahan pembelian tanah 0.25 ekar .(Telah diwaqafkan sebanyak 0.25 ekar dan jumlah keseluruhan tapak pembinaan surau 0.5 ekar.

RM 250,000.00  ( telah berjaya dibeli hasil sumbangan orang ramai )

Fasa 2 :
Kerja penambakkan tanah, kerja cerucuk, kerangka konkrit tetulang, kerja-kerja binaan 2 tingkat bangunan dan kos proses lain-lain.

RM 1,800,000.00

Fasa 3 :
Bahagian dalaman – Kerja  mekanikal dan elektrikal seperti pemasangan dawai elektrikal, sistem voltan rendah tambahan, peyaman udara serta ventilation, paip air, pencegah kebakaran,  pintu pagar dan grill .                Bahagian luaran – Kerja  tanah,  jalan raya dan penurapan,  saliran dan pembentongan, landskap, pintu pagar dan pagar serta lain-lain kerja. 

RM 600,000.00

Fasa 4:
Kerja-kerja tambahan seperti mimbar, papan tanda bangunan, reka bentuk dalaman/luaran dan lain-lain kos.

RM 300,000.00 

Anggaran kos : RM 2,700,000.00
JUMLAH KESELURUHAN = RM2,950,000.00

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi AJK dibawah:

Timbalan Pengerusi Surau Annur

Mohd Firdhaus Othman

Hubungi Saya: 019-220 0940

Setiausaha Surau Annur

Zakki bin Mohamed

Hubungi Saya:  013-391 1619

AJK Surau Annur

Suzanah Kusman

Hubungi Saya:  013-315 0969

Bendahari Surau Annur

Zul Hilmi bin Mat Ripin

Hubungi Saya: 012-950 4989

CIMB ISLAMIC

8603690168

Akaun Bank Pembangunan Surau An-Nur